Khamis, 24 Jun 2010

bidang baru...






fuhh...aku x pernah terfikir pon untuk terjun dlm bidang ni...tp sekadar nak cuba2 jer benda baru dalam idop kan...so far so good...klu ade rezeki aku akan try bertapak dlm bidang ni..nampak dlm tv mcm senang jer nak berlakon kan..tp bile dah kat set neves gak rupenya..ketar2 lutut woo haha...tp try jer lah kan...kerja ni enjoy..ramai kwn2 baru yg aku kenal smua..klu kena marah dgn director pasni kire adat la kan...setakat ni ok lg la blm kena marah...so ape2 pon jalan kena la kedepan..x cuba xtau kan...so jadikan hari semalam sebagai pengalaman dan jadikan hari esk sebagai sesuatu pelajaran di dunia yang baru...




Isnin, 14 Jun 2010

TANDA-TANDA ANDA TERKENA SIHIR

1. Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.

Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.


2. Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.

Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.


3. Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.

Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur



4. Suka Bersendirian / Sedih

Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.


5. Kesan lebam pada tubuh

Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.


6. Berasa tidak tenteram dirumah

Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.


7. Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik

Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya



8. Terhidu bau pelik

Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya



so kite sebagai umat islam jangan la kite dengki sesama kita sampai nak gune sihir sampai orang tu jatuh...klu x puas ati sekalipon,ajak berjumpa dan berbincang...tak gune nak bersubahat dengan syaitan...